Majlis Guru Besar Daerah Sebauh 2009






















































































Majlis Guru Besar Daerah Sebauh ini telah diadakan pada 20 November 2009 bertempat di Park City Everly Hotel, Bintulu. Majlis ini adalah anjuran bersama antara PPD Sebauh dan Guru Besar-Guru Besar di Daerah Sebauh. Semua warga pendidik dari Daerah Sebauh telah dijemput hadir pada malam majlis tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada malam MGB tersebut ialah;

1) Penyampaian hadiah kepada;
- Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009
- Anugerah Pusat Sumber Cemerlang 2009
- Anugerah Bilik BOSS Cemerlang 2009

2) Sijil Penghargaan kepada guru yang berpindah

3) Cabutan Tiket Bertuah

4) Karaoke

Majlis Guru Besar Daerah Sebauh ini merupakan antara aktiviti yang amat berguna untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga pendidik dan juga bukan pendidik di Daerah Sebauh. Pada majlis seperti ini, semua warga dari setiap sekolah dapat bersua muka serentak dengan kesemua warga dari sekolah-sekolah yang lain. Dengan itu diharapkan majlis seperti ini akan terus dilakukan setiap tahun bukan sahaja untuk memberikan Anugerah Cemerlang kepada sekolah-sekolah, tetapi juga untuk lebih mengeratkan hubungan antara warga setiap sekolah dengan warga sekolah lain di Daerah Sebauh.

Selamat Datang

Aih deh sik tauk apa mok d blog
 
© 2009 - PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBAUH | designed by ellrisa™

Home | Top